the mystery of consciousness: neuroscience offers new insights By Mary Jaksch

•December 27, 2011 • Leave a Comment

Sayalah perbezaan itu

•November 24, 2008 • Leave a Comment

measuring_tapeSaya kagum dengan Saharil hasin (maaf, hasin pulak) Hasrin Sanin dalam penulisan Bahasa Melayu yang dimuatkan dalam The New Malaysian Essays terbitan Matahari. Saya tak sangka begitu ramai anak-anak melayu yang begitu mahir dalam penggunaan bahasa melayu dalam bercerita. bagai menerima wahyu, saya begitu teruja (klise nak mampus ayat ini, wah! saya guna klise dalam karangan saya. wah dua kali wah! saya guna perkataan karangan) saya mendapat ilham untuk cuba berkarya dalam bahasa melayu. Sebenarnya saya agak teragak-agak (agak teragak-agak, satu nama yang baik untuk kugiran “indie” ataupuan nama blog baru, atau nama syarikat baru) untuk menggunakan perkataan menerima wahyu memandangkan perkataan pertama yang datang ke dalam benak (wah, saya mengunakan benak!) pemikiran saya ialah “inspiration”. Saya seorang yang merasakan saya sentiasa berfikir dalam bahasa inggeris. Saya tak pasti sebenarnya. Mungkin sebenarnya saya berfikiran yang lintang pukang. (perkataan ini bermakna helter skelter dalam bahasa inggeris.)  Yang saya pasti saya memang mengira dalam bahasa melayu.  Saya agak berfikiran bebas dari sudut penggunaan bahasa, kalau nak difikirkan dari semua sudut, sistem kepercayaan, seksualiti dan segala benda) dan saya  bersifat lebih atas pagar dari sudut penggunaan bahasa. Saya mengambil kursus perterjemahan dengan PPM dan saya telahpun membaca buku karya Ainon Ahmad berkaitan kaedah penterjemahan. Saya kurang setuju dengan cara pemikiran berfikiran beliau yang begitu “ultra” melayu, tapi semua orang mempunyai hak masing-masing dan layak memilih apa saja. tapi saya percaya kita kena ada orang-orang yang sedemikian. Satu perkara yang saya tanam dalam diri saya, sekurang-kurangnya saya cuba, ialah kenapa Tuhan jadikan sesuatu dalam bentuk dikotomi (wah!!!!!!!! saya kagum dalam keupayaan saya menggunakan perkataan yang disadur). Senang nak cerita macamnilah, maksud saya tuhan jadikan seorang yang “ultra” dan seorang yang tak “ultra” langsung (saya tak pasti apakah lawan perkataan “ultra”, nanti saya cari dan beritahu), sorang yang jahat dan seoarang yang baik, perasaan sedih  dan perasaan gembira, sofay tang adil dan sifat yang kejam, untuk contoh-contoh lain rujuk buku yang sesuai berkenaan perkataan berlawan, antonim). Saya percaya kita semua ni makhluk yang hidup dalam keadaan yang saling banding membanding. Lumrah manusia. Saya teringat buku yang saya baca dari kawan saya semasa di tempat kerja lama saya, saudara Nazmi, lebih kurang maksudnya begini. Tuhan menjadikan kesedihan itu supaya kita manusia dapat membezakanya dengan kegembiraan. Kita tidak upaya untuk merasakan apa yang kita rasa (contohnya , sedih) sebliknya kalau kita tidak pernah merasa itu yang sebaliknya (dalam kes ini, “gembira”). Mungkin msih kurang jelas apa yang saya maksudkan. Maksud saya, kita manusia hanya dapat membezakan dua perkara yang berbeza dan ekstrem kedudukannya, barulah manusia itu dapat merasai salah satu daripadanya. Perkara ini juga berkait dengan keupayaan manusia memilih. (Saya sehingga kini masih belum memikirkan secara mendalam berkaitan qada dan qadar, satu persoalan yang ditimbulkan hasil perbincangan saya dengan TJ, seorang taiwan yang mahir pelbagai bahasa semasa di Ekspo Dunia di Zaragoza. Beliau seorang yang tidak percaya kepada “fate”). Saya telah mengambil masa yang lama untuk menulis entri ini, masa pejabat pulak tu ;) . Saya sebenarnya bangga dengan kebolehan saya menulis dalam bahasa melayu. sebab itulah percaya sayalah perbezaan itu, kerana saya cuba.

a body like ryan reynolds

•October 30, 2008 • Leave a Comment

When I turned 40 this year, I set a rather vain target to get a six packs. I did not get it on my birthday. A flatter stomach i did get. A waist line of 36 inches to 30 inches, I think. I am within my ideal weight kinda thing, but  I need to get at least 5 kg of muscles on the back, the shoulder as well as the thighs and legs.  Hey! come to think of it,  I don’t think that I completely failed, technically I am still 40, well not till 30th May 2009, then I’ll be 41. Still more time to achieve this target. I probably will go ahead with Sazali as my PT. Yes, a body like Ryan Reynolds, I will indeed have.

“When you want something, all the universe conspires in helping you to achieve it. ” Paulo Coelho

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.